Jan 29, 2013

YANG MEMUSINGKAN KEPALA I

Assalamualakum and hello people.

Nak share sikit benda yang memusingkan kepala saya hari ni.
My homeroom teacher aka my BM teacher, suruh saya buat ulasan untuk pembacaan NILAM untuk diperbentangkan dihadapan khalayak ramai -,- 
memang dengan senyumanlah kan saya menerima tugasan tu. tak kisah lah pasal tu.
but the problem now is, susah kot nak karang ayat standard yang menepati majlis. 
Formal but not too formal ?
What the?
Pusing kepala ku memikirkan masalah.
Anyway, I still manage to finish the assignment.
So resultnya, 
entahla.
macam entah haphappa pun ada.

nak baca tak :P

_____________________________________________________________

Novel ini mengisahkan tentang perjalanan dua orang anak muda yang mencari erti hidup. Gambar muka hadapan novel yang berimejkan sebuah buku catatan dengan sebatang pen dan secawan sangat menarik minat pembaca terutama di kalangan remaja. Sangat sesuai dengan tajuk novel. Kemudian ada sepotong ayat di muka hadapan yang berbunyi, "Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan".Sepotong ayat yang cukup bermakna buat pembaca. Uniknya novel ini ialah, selain isinya yang sangat menarik, novel ini terbahagi kepada dua cerita. Kisah satu berkenaan Fend dan kisah dua berkenaan K2, yang dipisahkan dengan gaya terbalik.

1.       Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’,jika dipendekkan untuk panggilan.  Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna serta muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama,itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. "The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th". Cadangan Arsyad sepupunya yang mencadangkan supaya mereka mengembara ke Sydney diterima dengan hati terbuka. Disana mereka berdikit-dikit dalam mendalami kembali ilmu yang telah lama ditinggalakan. Ilmu akhirat.Mereka bertemu kembali dengan kepingan-kepingan hidup yang telah lama hilang. Sesuatu yang begitu jauh di dalam
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.



2.       K2
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran Indonesia telah membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Selepas membaca novel ini, saya sering terfikirkan baris ayat "The man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh". Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu maksudnya lebih kurang, "Manusia yang telah memutuskan untuk berubah pada jam kedua belas meninggal dunia pada jam kesebelas”. Maksudnya kalau terdetik di hati tu hendak bertaubat, terus sahaja bertaubat Jangan tunggu esok.Jangan tangguh. Esok belum tentu ada untuk kita.
Penulis yang berjiwa ‘street’ tetapi islamik, karya-karya beliau amat dekat dengan jiwa pelajar. Pendekatan yang digunakan oleh Hlovate sangat serasi dengan jiwa seorang remaja. Hlovate telah berjaya 'merentap' hati saya dengan Contengan Jalanan.

# Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan~
One can become a million, and a million can become one.

_________________________________________________________________

But as of  for your information, this is not written completely by me.
Ada ayat2 yang diceduk daripada novel dan juga bloggers2 yang buat review pasal novel ni.
Thank you but I cannot put any credit since saya main ceduk je sebab nak siap cepat2 
Terima kasih banyak2 ya ^^
Tu je kot. dah panjang sangat ni



Endhere.2159hrs

BIG THANKS = HANDS DOWN :D